"Aku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." (Imam Shafie)

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jika kita mencintai seseorang

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
"Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap."
"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."
"Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur."
Hati umpama kaca, jangan biar ia retak.
Akal umpama air, jangan biar ia kering,
Iman umpama debu, jangan biar ia hilang,
Persahabatan itu umpama tali, jangan biar ia putus.
"Carilah sahabat apabila dilihat wajahnya teringat akan Allah, mendengar perbualannya iman kita bertambah dan bila mendampinginya kita akan tenang. Dialah erti SAHABAT SEJATI."
"NAFSU mengatakan cantik pada paras rupa,
AKAL mengatakan cantik pada kepandaian, dan
HATI menyatakan cantik pada akhlak seseorang."
Jika hati umpama kaca jangan biarkan ia retak. Kerana terlalu sukar untuk kita kita mencantumkannya kembali dan terlalu sukar untuk kita merawatnya kembali. Mungkin luka akan terubat tapi parutnya tetap ada.
Dunia...
Ibarat air laut diminum hanya menambah haus,
Nafsu...
Bagaikan fatamorgana di padang pasir,
Dunia dan Nafsu...
Bagai layang-layang dilihat ada, ditangkap hilang.
"Kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang akan membakar ketenangan diri. Manakala kemaafan adalah syurga yang memberi keharmonian dan penguasaan utnuk menghadapi kerenah kehidupan."
"Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan. Biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah terbiah dari Allah. Semakin dekat bahtera kita kepadanya, semakin hebat taufan melanda. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok adalah harapan, gengam jadi kejayaan."
"Air mata persahabatan itu terlalu mahal, tidak mungkin terkutip di pepasir jalanan dan tidak juga terbeli di kilauan berlian. Ia mesti dipertahankan dan ia bukanlah barang lelongan."
"Indahnya sebuah persahabatan bila disulami kejujuran dan kesetiaan."
"Hikmah boleh menghidupkan hati seperti hujan menghidupkan bumi."
"Lupaku daku dalam solatmu,
Ingat daku dalam doamu."